Anak Angkat

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Anak Angkat

azlina
Assalamualaikum..Saya brumur 29 tahun belum berkahwin dan memiliki seorang anak yang tak sah taraf.Saya memang pelihara ank ini dr ia lahir lagi.Skrg ia berusia 2 tahun 5 bulan.Anak saya mempunyai sijil kelahiran.Segala perbelanjaan mmg saya yg uruskan.Saya tinggal di kampung.Orang disini tidak mengetahui mengenai status anak saya.Masalah saya adalah abang kandung saya mahu mengambil anak saya sbgai anak angkat atas alasan tuk memudahkan urusan persekolahan ia nanti begitu juga segala urusan yang lain.Adakah dengan cara pengangkatan ini jalan terbaik tuk ank saya sbb stahu saya jika anak ini sah mnjadi anak angkat saya sudah tiada hak sebagai ibu kandungnya..
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Anak Angkat

jkmpetaling
Administrator
Assalamualaikum
Tujuan Pengangkatan adalah untuk memberi hak jagaan kepada penjaga yang bukan ibu bapa kandungnya bagi memudahkan segala urusan rasmi berkaitan kanak-kanak seperti persekolahan,  kesihatan dan lain-lain secara sah disisi undang-undang. Pengambilan anak angkat kebiasaannya dibuat bagi ibu bapa kandung yang tidak mahu lagi menjaga anak tersebut atas alasan tertentu dan memberi keizinan kepada ibu bapa pelihara menjaga anak tersebut secara sah.

Jika Puan sayangkan anak itu dan mahu menjaga anak tersebut, tidak perlu untuk membuat proses pengangkatan dan Puan boleh menjaga anak seperti biasa. Tiada masalah untuk Puan menyekolahkan anak itu walaupun status anak Puan  tidak sah taraf. Bergantung kepada apakah tujuan Puan untuk menyerahkan anak Puan kepada abang sebagai anak angkat. Hubungan anak dan ibu selama 2 tahun 5 bulan juga perlu dipertimbangkan kerana anak itu sudah mengenali Puan sebagai ibunya yang mana proses anak angkat akan menjejaskan emosinya.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling