Dokumen Perlu Untuk Daftar OKU.

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Dokumen Perlu Untuk Daftar OKU.

hamba allah
As salam dan Salam Sejahtera,
Merujuk kepada perkara di atas, apakah senarai dokumen perlu untuk daftar sebagai warga oku?

Sekian, terima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Dokumen Perlu Untuk Daftar OKU.

jkmpetaling
Administrator
Wslm,

Cara-cara permohonan Kad OkU :

1. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.
2. Dapatkan borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya di Pejabat Kebajikan Masyarakat atau muaturun di laman sesawang : www.jkm.gov.my.
3. Borang permohonan hendaklah diisi (ruang maklumat ketidakupayaan hendaklah diisi oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan)

Dokumen diperlukan :
1. Borang permohonan pendaftaran yang disahkan oleh Doktor
2. Fotostat IC / surat beranak
3. Gambar pasport (latarbelakang biru)
4. Bil api / air
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling