GERAN PELANCARAN

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

GERAN PELANCARAN

AIZA
Salam...bagaimana untuk memohon Geran Pelancaran ini? Ada borang ke? perlukah sy sediakan proposal? Hantar kpd siapa? Tqvm
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: GERAN PELANCARAN

jkmpetaling
Administrator
Geran Pelancaran merupakan bantuan kewangan sekaligus yang diberikan kepada klien Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi agar membolehkan mereka berusaha meningkatkan taraf hidup dan berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan ;
Penerima bantuan
OKU
Ibu/bapa tunggal yang berpendapatan rendah
Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan
Kes-kes selian akhlak

Dokumen Yang Diperlukan ;
Salinan kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan/ Sijil kelahiran Tanggungan
Sebut harga dari pembekal
Penyata gaji/ pengesahan pendapatan dari majikan
Salinan bil elektrik/ air.
Laporan kesihatan dari Pegawai Perubatan
Surat kematian/ surat dari pejabat agama jika berkaitan
Lain-lain dokumen jika berkaitan

Kaedah Bantuan ;
Bantuan diberi sekaligus kepada kumpulan sasar yang berminat dan berpotensi maju dalam bidang ekonomi bagi pembangunan sosioekonomi diri dan keluarga.
Bantuan diberi berdasarkan kepada projek dengan Jumlah Tertentu Secara Individu atau Kelompok.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling