Memohon kad OKU.

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Memohon kad OKU.

Andak78
As Salam, JKMPetaling
Sy Andak, ingin bertanya adakah seseorang individu yang kaki nya ada pembedahan untuk memasukkan besi(screw) di lutut yang retak akibat dari kemalangan layak untuk memohon OKU kad ? Individu tersebut sudah dua kali bertemu Jemaah doctor SOCSO dan Berjaya mendapat penilaian percentage yg memuaskan. Ini adalah di sebab kan individu tersebut sering mengalami sakit lutut apabila berjalan jauh.
Minta penjelasan dari pihak JKMPetaling di sudahi dengan Ribuan Terima Kasih.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Memohon kad OKU.

jkmpetaling
Administrator
OKU bermaksud Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Untuk kes di atas pesakit boleh berjalan seperti biasa dan tidak menghalangbeliau untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain. Sekiranya beliau belum menghantar borang Pendaftaran OKU hantar ke Pejabat Kebajikan berhampiran. dan Pihak JKM akan menilai permohonan OKU tersebut.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling