PENJELASAN BERKENAAN ARAHAN PENUTUPAN TASKA / PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI DAMANSARA DAMAI EKORAN MASALAH JEREBU.

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

PENJELASAN BERKENAAN ARAHAN PENUTUPAN TASKA / PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI DAMANSARA DAMAI EKORAN MASALAH JEREBU.

AMELIA RADZI
TUAN/PUAN,

SAYA ADALAH SALAH SEORANG IBU KEPADA ANAK-ANAK YANG TINGGAL DI TASKA/PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DI DAMANSARA DAMAI. KAMI INGIN PENJELASAN BERKENAAN PERKARA DI ATAS MEMANDANGKAN ADA BEBERAPA PENGUSAHA TASKA/PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MENUTUP PREMIS MEREKA DENGAN ALASAN TERDAPAT ARAHAN DARI PIHAK TUAN/PUAN.

KAMI SEBAGAI IBUBAPA YANG BERKERJA BERASA TERBEBAN DAN TIDAK ADIL DENGAN TINDAKAN TERSEBUT KERANA ALASAN-ALASAN BERIKUT :

1.  TIADA ARAHAN RASMI YANG DIKELUARKAN MELALUI MEDIA MASSA (BERITA / SURAT KHABAR) MENGENAI ISU INI. HANYA SEGELINTIR PENGUSAHA YANG BERBUAT DEMIKIAN DAN TIDAK DISELARASKAN BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR ATAU SELURUH MALAYSIA. OLEH YANG DEMIKIAN, BAGI IBUBAPA YANG BEKERJA SUSAH UNTUK MENJELASKAN DAN TIADA SEBAB JELAS UNTUK KAMI MEMOHON CUTI DARI MAJIKAN. SEKURANG-KURANGNYA KAMI MEMERLUKAN SURAT RASMI UNTUK DIJADIKAN BUKTI KEPADA PARA MAJIKAN YANG RATA-RATA TIDAK MEMAHAMI MASALAH KAMI.

2.  DENGAN PENUTUPAN TASKA/PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK, KAMI TERPAKSA MENCARI ALTERNATIF LAIN ANTARANYA MEMBAWA ANAK-ANAK KE TEMPAT KERJA YANG SECARA RASIONALNYA MENGUNDANG KEPADA LEBIH BANYAK RISIKO KEPADA ANAK-ANAK. WALAUBAGAIMANAPUN KAMI TERPAKSA JUGA MEMANDANGKAN ADALAH SUKAR UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN BABY SITTER LAIN KERANA KEPUTUSAN MENUTUP TASKA/PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DIBUAT SECARA MENGEJUT. SELAIN ITU, KAMI PARA IBUBAPA BUKANLAH DI KALANGAN ORANG KAYA / MAMPU UNTUK MENGUPAH ORANG LAIN DENGAN HARGA YANG AGAK TINGGI MEMANDANGKAN MASING-MASING TELAHPUN MEMBUAT BAYARAN KEPADA TASKA/PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK SETIAP BULAN.

DIHARAP DAPAT MAKLUM BALAS YANG SEWAJARNYA DARI PIHAK TUAN/PUAN.


SEKIAN, TERIMA KASIH.

AMELIA RADZI, DAMASARA DAMAI.