Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah. 3. Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?

classic Classic list List threaded Threaded
4 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah. 3. Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?

mahusmin
Assalamualaikum tuan,

Saya Mariam, tinggal di Tmn Pinggiran Putra berdekatan Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.  Mempunyai anak berumur 18 tahun pada 26 Sept nanti.  Mengidap penyakit Pineal Gland Germinoma (ketumbuhan dalam kepala) sejak Sept 2013.  Semenjak 3 bulan lalu keadaan anak semakin tidak dapat mengurus diri dan memerlukan bantuan untuk bergerak ke tandas, makan perlu disuap dan percakapan perlahan dan hanya kami ahli keluarga faham.

Sepanjanga rawatan anak di HKL saya menggunakan GL kerajaan dan layak guna sehingga 25 Sept saja.  1.  Oleh itu saya ingin tahu tempat dan cara untuk memohon OKU dan keperluan dokumen sekali.

2.  Disebabkan cuti saya telah habis digunakan hanya tinggal cuti semasa saja, maka saya terpaksa bekerja dan meninggallkan anak seorang di rumah.  Kadangkala/ kerap juga saya akan balik awal kerana risaukan keselamatan anak dirumah.  Oleh demikian, saya ingin tanya jika dapat pihak tuan bantu cara utk dapatkan bantuan pekerja sukarelawan utk dtg ke rumah menjaga anak utk 2-3 jam pun sudah memadai.

3.  Adakah agensi/jabatan yang boleh beri latihan asas mengurus diri kepada anak disamping memberi semangat utk hidup berdikari, tidak anggap dirinya terpencil saja di rumah dan merendah diri dgn adik2nya.  Memandangkan anak tidak sempat menduduki SPM thn lalu.

Saya amat mengharapkan respon dari pihak tuan utk membantu saya, memang ramai yg memberi cadangan kpd saya utk daftarkan anak sebagai OKU.  

Terimakasih..

mahusmin@yahoo.com
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah. 3. Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?

jkmpetaling
Administrator
Puan Mariam,
1)Puan boleh membuat pendaftaran Orang Kurang Upaya ( OKU ) di pejabat kebajikan masyarakat yang berdekatan dengan mengemukakan Borang Pendaftaran OKU yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web www.jkm.gov.my.Memandangkan kawasan tempat tinggal puan berada dalam daerah Subang Jaya, Puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya untuk urusan tersebut.
2)Di JKM juga ada menyediakan perkhidmatan Home Help iaitu  merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan kepada Warga Emas dan OKU
terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.
3) Puan boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Komuniti pejabat kebajikan yang terdekat untuk makluman dan keterangan lanjut
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah. 3. Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?

mahusmin
Terimakasih tuan ..

--------------------------------------------
On Wed, 8/13/14, jkmpetaling [via Forum Pertanyaan] <[hidden email]> wrote:

Subject: Re: Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah.  3.  Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?


 To: "mahusmin" <[hidden email]>
 Date: Wednesday, August 13, 2014, 11:33 AM
 
 
 
 Puan Mariam,
 
1)  Puan boleh membuat pendaftaran Orang Kurang Upaya ( OKU ) di pejabat kebajikan masyarakat yang berdekatan dengan mengemukakan Borang Pendaftaran OKU yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web www.jkm.gov.my.  Memandangkan
kawasan tempat tinggal puan berada dalam daerah Subang Jaya,  Puan boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya untuk urusan tersebut.
 
2)  Di JKM juga ada menyediakan perkhidmatan Home Help iaitu merupakan satu program yang memberi  khidmat sokongan kepada Warga Emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal
bersendirian semasa ketiadaan ahli keluarga di rumah.
 
3) Puan boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Komuniti pejabat kebajikan yang terdekat untuk
makluman dan keterangan lanjut.

 
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Pertanyaan berkenaan kaedah utk 1. Daftar anak OKU dan 2. Dapatkan bantuan sukarelawan datang rumah. 3. Anak perlukan latihan asas menjaga diri ketika di rumah? Adakah agensi/jabatan yg boleh bantu ?

jkmpetaling
Administrator
Sama-sama, untuk pertanyaan atau sebarang khidmat nasihat juga tuan boleh menghubungi terus pihak kami ditalian :

Tel : 03-7842 2584 / 2587
Fak : 03-7842 3190

Email : pkmd_petaling@jkm.gov.my


Sekian,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling