Tanya bagaimana mohon kad warga emas

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Tanya bagaimana mohon kad warga emas

Wong
Selamat Pagi,

Saya sudah berumur 65 tahun.  
Bagaimana saya boleh memohon kad warga emas dan di mana saya boleh mohon kad tu?

Terima Kasih, Tuan/ Puan.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: Tanya bagaimana mohon kad warga emas

jkmpetaling
Administrator
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

- Warga Emas WARGANEGARA MALAYSIA berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
- Lahir dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 Dan  sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
- Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi bukan kelahiran Selangor)
- Bagi OKU yang lahir di Negeri Selangor, tiada had umur ditetapkan atau yang bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun. Hanya OKU yang memiliki Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja yang layak.

PUSAT PENDAFTARAN
Pendaftaran Skim Mesra Usia Emas dan OKU boleh dibuat di :
Pusat Khidmat Dun seluruh Selangor & Parlimen WPKL
Pejabat Tanah/Daerah seluruh Selangor
Juga boleh berhubung di :

Rantaian Mesra Sdn. Bhd
Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan
No.3, Jalan Indah, Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5510 3468 / 3472
Faks : 03-5510 3455

http://e-mesra.org.my/

PROSEDUR PENDAFTARAN
Hendaklah mengisi Borang Mesra Usia Emas yang boleh didapati dengan PERCUMA dari Pusat Pendaftaran di seluruh Selangor & WP Kuala Lumpur.
Dokumen WAJIB yang telah disahkan diperlukan untuk pendaftaran ialah :
1. Salinan MyKad Ahli
2. Salinan MyKad Penjaga
3. Salinan MyKad Penama
4. Salinan Kad OKU (jika OKU)
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling