anak angkat

classic Classic list List threaded Threaded
4 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

anak angkat

zubaidah hj amran
Bagaimana cara nak dapatkan anak angkat? Saya mahu keturunan melayu dan usia kurang 1 tahun, terima kasih
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: anak angkat

jkmpetaling
Administrator
Puan boleh mengemukakan permohonan mendapatkan anak pelihara dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling atau mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat . Dalam borang berkenaan terdapat ruangan untuk puan mengisi maklumat mengenai anak pelihara yang diingin seperti keturunan, umur dan jantina. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan seperti:

-Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
-Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
-Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
-Lain-lain dokumen yang berkaitan

Sekian.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Ili
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: anak angkat

Ili
Assalam. Saya memohon penjelasan berkaitan -Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
Surat pengesahan yang bagaimana yg diperlukan oleh JKM. Utk makluman saya telah pun mendapatkan borang untuk memohon anak pelihara di JKM Shah Alam pada minggu lepas.
Bolehkah kalau saya hendak dapatkan contoh/sample surat sokongan yg perlu dihantar sebelum ini oleh pemohon yang lain?

Maklumbalas pihak Tuan/Puan amatlah dihargai. Terima kasih banyak.

Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: anak angkat

jkmpetaling
Administrator
Wslm, berkenaan surat sokongan perubatan, tiada format tertentu dan terpulang kepada pihak doktor yang mengesahkan.

Puan boleh dapatkan  dr mana-mana klinik atau hospital untuk mengesahkan kesihatan pemohon pada masa kini, iaitu tiada masalah kesihatan yg serius bagi melayakkan puan untuk memelihara anak.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling