dokumen perjalanan/SAP/Passport utk anak bukan warganegara

classic Classic list List threaded Threaded
1 message Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

dokumen perjalanan/SAP/Passport utk anak bukan warganegara

ngenk
hi

boleh saya tanya mengenai anak saya yang mendapat sijil kelahiran warna merah ( bukan warganegara ) semasa kelahiran kerana pada masa itu perkahwinan dgn isteri belum lagi didaftarkan.
oleh yang demikian, saya terpaksa membuat permohonan untuk status warganegara malaysia untuk anak saya sepertimana tertakluk dalam Perkara 14(1)(b) Perlembagaaan Persekutuan. Tetapi dalam Perlembagaan Persekutuan [Perkara 14(1)(b)] Bahagian II, permohonan boleh dibuat dengan syarat anak saya tidak menjadi warganegara kepada mana-mana negara semasa permohonan. Tetapi masalahnya, kami memerlukan dokumen perjalanan untuk anak saya untuk keluar negara bersama tetapi tidak dapat boleh apply passport malaysia selagi tidak mendapat taraf kewarganegaraan malaysia. Dan pada masa sama, kami tidak boleh memohon untuk passport thailand untuk anak saya selagi permohonan taraf kewarganegaraan terikat dengan Perkara 14(1)(b) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan (syarat anak saya tidak menjadi warganegara dalam mana mana negara semasa permohonan)

apakah ada dokumen perjalanan yang boleh dikeluarkan untuk anak saya ketika ini? tolong kalau siapa siapa tahu macam mana.tq

sekian terima kasih
egng