hak ibu kandung

classic Classic list List threaded Threaded
2 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

hak ibu kandung

nina
Assalammualaikum.
Saya ingin bertanya sekiranya seseorang itu miliki ank luar nikah
adakah si ibu kandung mendapat hak penjagaan ank luar nikah itu?
Sedangkan si ibu kandung belom bernikah dgn sesiapa lg..
Sekiranya ank itu sudah di ambil oleh keluarga angkt, adakah ibu kandung ank itu boleh mendapatkan kembali ank tersebut?
Apa syarat2 untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ank tersebut?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: hak ibu kandung

jkmpetaling
Administrator
Waalaikumussalam..

Ibu yang melahirkan anak luar nikah mempunyai hak seperti ibu lain untuk menjaga anak mereka dan tidak menjadi masalah sama ada  ibu tersebut belum atau sudah bernikah selepas melahirkan bayi berkenaan. Tetapi jika ibu tersebut berusia bawah 18 tahun,  sokongan  atau keizinan  dari ibu bapanya (datuk dan nenek bayi) diperlukan untuk menjaga bayinya kerana ibu tersebut dikategorikan sebgai kanak-kanak (belum capai usia 18 tahun)

Jika Sijil Anak Angkat belum dikeluarkan, ibu kandung berhak terhadap anak itu, tetapi digalakkan mengadakan perbincangan diantara ibu kandung dan keluarga angkat kerana ia akan menjejaskan emosi dan psikologi anak itu, terutama apabila kanak-kanak telah dijaga dalam tempoh yang panjang oleh keluarga angkat. Oleh sebab itu, surat keizinan dari ibu kandung amat diperlukan sebelum menyerahkan anak kepada keluarga angkat untuk mengelakkan berlaku tuntutan di kemudian hari dan yang paling terjejas adalah perkembangan anak itu.

Seorang ibu yang ingin mengambil semula anaknya dari keluarga angkat mestilah seorang yang boleh menyediakan 7 keperluan kanak-kanak iaitu:
1. Keperluan fizikal- tempat tinggal, sumber kewangan, makanan, keselamatan dan lain-lain
2. Keperluan Psikologi - memberikan sokongan, meningkatkan kepercayaan dan kompetensi diri kanak-kanak
3. Keperluan Emosi- Memberi kasih sayang dan menunjukkan emosi yang sesuai kepada kanak-kanak mengikut keadaan.
4 Keperluan kognitif - menyediakan suasana pembelajaran di rumah untuk menggalakkan perkembangan kognitif dan skill kanak-kanak dan memastikan kanak-kanak menerima pelajaran (sekolah).
5. Keperluan sosial - Pergaulan kanak-kanak di dalam keluarga dan perhubungan dengan keluarga luas dan juga persekitaran.
6. Keperluan Moral - Memastikan kanak-kanak menerima mesej positif dari penjaga yang komited dan menunjukkan moral yang baik
7. Keperluan rohaniah- kanak-kanak hendaklah diberi pendedahan tentang agama, nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan lain-lain.

Syarat-syarat di atas juga terpakai kepada semua ibu bapa dan penjaga kanak-kanak termasuk keluarga angkat.

Jika Puan memerlukan penerangan lanjut boleh berhubung dengan Pelindung di Pejabat Kebajikan Masyarakat di Daerah Puan menetap.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling