permohonan bantuan kewangan

classic Classic list List threaded Threaded
10 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

permohonan bantuan kewangan

en ahmad
saya ingin tahu, apa syarat memohon bantuan pekerja cacat?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

jkmpetaling
Administrator
En. Ahmad, terima kasih di atas pertanyaan pada 23/7/12.
Syarat kelayakan untuk memohon Elaun Pekerja cacat (EPC) adalah:
1) OKU mesti berdaftar sebagai OKU dengan JKM
2)Bekerja sendiri atau dengan JKM
3)Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan
4)Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, maka/minum dan pakaian percuma.

Bagi membuat permohonan, tuan boleh datang sendiri ke PKMD Petaling/menulis surat/email ke PKMD Petaling.

Sekian, terima kasih.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

nazri
salam...
gaji bersih saya sekarang rm1,230
sudah berkeluarga
anak 2 orang
layak tak mohon epc?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

mohamad shahir
rm1200 tu gaji pokok layak x?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

nazri
In reply to this post by en ahmad
CONTENTS DELETED
The author has deleted this message.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

jkmpetaling
Administrator
In reply to this post by nazri
Wslm, Nazri

Untuk makluman tuan, kadar layak untuk dipertimbangkan elaun pekerja cacat (EPC) adalah berpendapatan dibawah RM 1,200 sebulan (pendapatan kasar).

Oleh sebab itu, pendapatan yang dinyatakan adalah tidak layak untuk dipertimbangkan EPC.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

jkmpetaling
Administrator
In reply to this post by mohamad shahir
Mohamad Shahir,

Untuk makluman tuan, jika ada pendapatan tambahan selain gaji pokok yang tuan terima (contoh : OT, Elaun kedatangan, elaun makan dll) maka adalah tuan tidak layak dipertimbangkan EPC
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

jkmpetaling
Administrator
In reply to this post by nazri
Wsalam, Nazri,

Bantuan EPC diberi selagi mana penerima layak berdasarkan syarat yang ditetapkan (pendapatan melebihi RM1,200 sebulan).

Kemungkinan bantuan ditamatkan kerana rakan tuan, tidak memberi maklumbalas ketika kajisemula dijalankan. Dimana setiap penerima EPC perlu mengemukakan surat pengesahan pendapatan (slip gaji) untuk proses kajisemula setiap tahun.

Untuk keterangan lanjut tuan boleh berhubung terus dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat daerah yang berkenaan.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
yan
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

yan
In reply to this post by jkmpetaling
salam...saya ingin mendapatkan kepastian dr tuan..betul ke permohonan bantuan kewangan hanya untuk oku yang sudah berkerja??oku yang sedang belajar di IPTA @ IPTS tidak layak untuk bantuan kewangan???hanya mahu mendapat kepastian....terima kasih..:)
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: permohonan bantuan kewangan

jkmpetaling
Administrator
Wslm, untuk makluman JKM tidak menyediakan apa-apa bantuan kewangan untuk OKU yang masih belajar, dan bagi :

Pembiayaan Bantuan Kewangan
Untuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, Kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang
melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT),
Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia
Kementerian Pengajian Tinggi.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
 Setiausaha Bahagian
 Bahagian Biasiswa
 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
 Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
 62100, PUTRAJAYA
 (u:p: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan

http://www.moe.gov.my/
Telefon : 03 - 88844606/88844697
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling