pertanyaan tentang topics oku

classic Classic list List threaded Threaded
3 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

pertanyaan tentang topics oku

Saya disini
This post was updated on .
saya dilahirkan adalah normal pendengaran sewaktu sejak kecil,tetapi kian meningkat dewasa tahap pendengaran saya semakin teruk kerana telah terlibat dengan kecelakaan iaitu kemalangan dan telah berlakunya hentakan yang kuat pada gegendangan telinga saya.

Persoalannya adakah saya lulus dalam permohonan Program Azam Kerja ini?

Saya bercita-cita tinggi dalam bidang urutan dan komplementari kerana telah mempelajarinya sejak kecil.

saya tidak pernah mendapat elaun OKU mahupun mendapat kad OKU kerana saya tidak memberitahu pihak atasan.saya akui susah untuk menerima ilmu,tetapi saya gemar belaja sendiri kerana ta pick up dengan cara mengajar cikgu sebub tak dengarlah..

saya selalu mendapat surat yang mengatakan yang saya mengalami masalah pendengaran yang teruk apabila berkerja dengan syarikat-syarikat urut.Tetapi kebolehan saya adalah mengurut dan pakar mengubat penyakit yang di alami orang yang benyakit.

Bagaimanakah caranya saya berkerja didalam bidang urut dibawah kerajaan?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: pertanyaan tentang topics oku

jkmpetaling
Administrator
Tuan/puan, kriteria utama permohonan Program 1Azam ini adalah terbuka kpd kategori OKU, Ibu Tunggal dan Warga Emas yang menjadi Klien JKM atau Klien yang menerima bantuan kewangan dari JKM.Dimana kelulusan bantuan bergantung kepada kriteria dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Jika bukan Penerima Bantuan JKM, tuan/puan boleh mengemukakan permohonan terus di :

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
No 55,
Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya.
MALAYSIA.
Tel: 03-8323 1000
Faks: 03-8323 2000
http://www.kpwkm.gov.my

Utk pengesahan dan maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi di talian:

En. Mohd Firdaus
03-8323 1704
En. Rosli
03-8323 1707
Cik Nurshahida
03-8323 1430
Elya Ayuni
03-8323 1415

Atau berhubung di JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW) yang berdekatan.


SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BANTUAN LAIN, TUAN,PUAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH YANG BERDEKATAN.
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|

Re: pertanyaan tentang topics oku

Sunarni
In reply to this post by Saya disini
Puan,

Bagi melayakkan seseorang menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC), individu berkenaan perlu mendaftar sebagai OKU dengan JKM.

Individu yang ingin membuat pendaftaran OKU boleh melaksanakan 3 langkah mudah seperti di bawah:

1) Isi Borang Pendaftaran OKU (boleh download dari blog ini)
2) Jumpa doktor di klinik/hospital kerajaan (doktor akan membuat pengesahan jenis & tahap kecacatan)
3) Datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat  bagi tujuan penyerahan borang yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan iaitu salinanKP dan sekeping gambar berukuran paspot (kami menyediakan khidmat mengambil gambar ukuran paspot secara PERCUMA!!!)

Sekian, terima kasih di atas pertanyaan puan.